AKTIVITI 3PIB2KL BAGI TAHUN 2015

LATAR BELAKANG

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah yang melibatkan ikatan ukhwah dalam penglibatan ibu bapa dan komuniti secara menyeluruh.

Sebelum 3PIB2KL beroperasi secara rasmi, aktiviti-aktiviti telahpun bermula dengan penglibatan ibu bapa komuniti dan swasta dalam bentuk permuafakatan untuk membantu mangsa banjir di Kelantan, Pahang dan Sarawak pada hujung Disember 2014 hingga Januari 2015


PERMUAFAKATAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN

Tragedi banjir di Pantai Timur terutamanya Kelantan telah membuka mata ahli-ahli PIBG SMK Aminuddin Baki bersama Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB), Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK), Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia terutamanya Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu (PPWBP) untuk membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

Justeru, persiapan rapi telah dibuat untuk mengumpul dan menghantar bekalan makanan dan pakaian kepada mangsa-mangsa banjir di Gua Musang dan Kuala Krai, Kelantan. Pihak urusetia telah menerima banyak sumbangan dari agensi kerajaan, sekolah dan syarikat swasta dan orang persendirian terutamanya dalam bentuk makanan, pakaian dan juga wang tunai untuk diagih-agihkan kepada mangsa banjir. Misi pertama telah bertolak ke Gua Musang pada 31hb Disember 2014 dan disusuli dengan misi-misi bantuan ke Kg Gajah (Perak), Temerloh, Kuala Tahan, Jerantut dan Kuching.

KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN

Permuafakatan antara PIBK dan Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu telah dapat menganjurkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan pada 18hb Mac 2015 di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, Cheras dengan kehadiran pelajar-pelajar sekolah menengah, guru-guru dan ibu bapa sekitar Kuala Lumpur. Objektif penganjuran Karnival Kerjaya dan Keusahawanan ini sejajar dengan matlamat dan objektif Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang diketengahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • Satu program untuk memberi pengisian dalam menggalakkan PIBK dalam sistem pendidikan. 70% Pengurusan Program akan dilaksanakan oleh PIBG @ Ibu Bapa.
  • Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya PIBK dalam kejayaan dan kemenjadian murid seterusnya mencapai 6 aspirasi murid.
  • Mewujudkan semangat kesukarelawanan dan kemasyarakatan dikalangan PIBG, sekolah, murid dan komuniti.
  • Menerapkan aktiviti riadah dan dapat membantu mengekang gejala-gejala tidak sihat dan tidak berfaedah
  • Terdapat lebih dari 50 booth pempamer terdiri dari Agensi Kerajaan, Institut Pengajian Tinggi Swasta dan juga syarikat swasta yang turut serta dalam Karnival Kerjaya dan Keusahawanan

SEMINAR PEMANTAPAN PIBG PD 2.0

Pihak 3PIB2KL juga telah bertindak sebagai urusetia untuk Program Seminar Pemantapan PIBG Anjuran Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu di Port Dickson pada 22hb Mei 2015. Objektif program ini adalah untuk membantu peneraju-peneraju PIBG untuk melaksanakan tanggungjawab dengan lebih cekap dan efisyen dalam membudayakan kerja cemerlang demi kemenjadian anak-anak.


MAJLIS PENGHARGAAN SUKARELAWAN KEMANUSIAAN BANJIR

Satu Majlis untuk meraikan Sukarelawan Kemanusiaan Banjir telah diadakan pada 16hb Jun 2016 bertempat di Dewan Besar, SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dihadiri lebih dari 80 orang di kalangan ahli-ahli PIBG, ibu bapa, guru-guru dan para sukarelawan.

Objektif program bertujuan:

  • Untuk memberi penghargaan kepada sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan.
  • Untuk melahirkan rasa bersyukur dengan permuafakatan dan keprihatinan para penyumbang-penyumbang dan keselamatan para sukarelawan.
  • Untuk menjalinkan ukhwah di antara para sukarelawan dan penyumbang.
  • Untuk menyemarakkan penglibatan ahli-ahli komuniti terhadap kerja-kerja kemasyarakatan sekarang dan masa hadapan

MAJLIS MESRA AIDIL FITRI 2015

Pihak 3PIB2KL juga telah menganjurkan Malam Mesra Aidil Fitri pada 14hb Ogos 2015 bertempat di Felda Villa. Tujuan diadakan majlis ini adalah untuk merapatkan ukhwah di antara ahli 3PIB2KL dan Ibu Bapa dan Guru-guru disamping meraikan Aidil Fitri


MAJLIS HI-TEA

Bagi menutup tirai 2015, 3PIB2KL telah mengadakan Majlis Hi-Tea pada 5hb Disember 2015 bertempat di Dewan Besar, SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur untuk meraikan ahli-ahli dan bakal-bakal ahli. Pihak urusetia juga telah membuka kaunter-kaunter pendaftaran untuk bakal-bakal ahli persatuan

Majlis Hi-Tea juga diselitkan dengan beberapa pembentangan terdiri daripada pakar motivasi En Zaid Mohamed, En Ariz Ramli aka Caprice dari Classruum.com dan Mr Chak dari ASAP Berhad. Sesi menandatangani Memorandum Persefahaman juga telah diadakan di antara beberapa syarikat swasta dengan pihak 3PIB2KL. Gerai jualan mempamerkan produk-produk kesihatan, AktifOtak, Takaful dan produk telekomunikasi turut juga diadakan.


KESIMPULAN

Pemangkin kejayaan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh ahli jawatankuasa sebenarnya ialah penglibatan ahli 3PIB2KL itu sendiri. Tanpa kerjasama dan sokongan ahli, tidak mungkin 3PIB2KL dapat menjadi sebuah persatuan yang bergiat aktif dalam membentuk ukhwah di kalangan ibu bapa khususnya komuniti amnya. Kejayaan ahli jawatankuasa 3PIB2KL yang tinggi diberikan mereka tanpa mengira masa, tenaga dan wang ringgit. Kerjasama erat antara ahli jawatankuasa memastikan perjalanan aktiviti dapat dilaksanakan sepertimana yang dirancang.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli 3PIB2KL yang memberi peluang kepada kami untuk memberikan khidmat yang terbaik demi memastikan 3PIB2KL sentiasa bergerak aktif dan cemerlang, In Syaa Allah


CADANGAN AKTIVITI TAHUN 2016/2017

  1. Menganjurkan Majlis Ceria 2016
  2. Penglibatan dalam Hari Guru peringkat Wilayah
  3. Penglibatan dalam Program Pemantapan PIBG Anjuran PPWBP
  4. Menganjurkan Karnival Kerjaya & Keusahawanan secara tahunan
  5. Penglibatan sebagai Rakan Strategik dengan Syarikat Swasta
  6. Menganjurkan Karnival Sukan
  7. Menganjurkan “Parenitng Program”
  8. Menganjurkan Majlis Hari Raya