PERSATUAN PERMUAFAKATAN PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI KUALA LUMPUR

PENGENALAN

Persatuan Permuafakatan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti Kuala Lumpur (3PIB2KL) ditubuhkan pada 17hb April 2015. 3PIB2KL merupakan persatuan yang melibatkan kalangan ibubapa dan komuniti sekitar Kuala Lumpur untuk membantu merancang dan menjalankan program-program untuk mengukuhkan ukhuwah ahli-ahli persatuan. Alamat dan tempat urusan 3PIB2KL ialah di No 31, Jalan AU 2A/15, Taman Seri Keramat, 54200 Kuala Lumpur

MATLAMAT PENUBUHAN

  1. Merancang dan menjalankan program-program untuk mengukuhkan ukhuwah diantara sekolah-sekolah, guru-guru, pelajar, para ibubapa dan komuniti serta pihak swasta dalam usaha untuk mencapai enam aspirasi murid yang digariskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
  2. Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan dan sosial melibatkan ibubapa dan komuniti untuk membina kesedaran dan kesediaan mental menghadapi perubahan pedagogi dan pentaksiran
  3. Memberi panduan kepada ibubapa bagaimana membimbing anak membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
  4. Membina kesedaran dan kesediaan masyarakat menghadapi perubahan dalam pendidikan
  5. Meningkatkan penglibatan ahli komuniti dalam aktiviti pembelajaran murid dalam dan luar sekolah

KEAHLIAN

Keahlian pertubuhan adalah terbuka Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan kepada Ibu Bapa, penjaga pelajar, komuniti seperti alumni/bekas pelajar, Kakitangan Awam dan Swasta